NADOOPOD
Pemberitahuan bagi Kemalangan, Kejadian Berbahaya,Keracunan Pekerjaan
dan Penyakit Pekerjaan-Peraturan-2004
Pengenalan:
Nadopood
yang terletak di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Peraturan-2004 telah menyatakan bahawa semua majikan perlu menyimpan rekod dan
laporan segala kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan
penyakit pekerjaan.Maklumat-maklumat ini perlu diisikan dalam
borang masing-masing seperti JKKP6, JKKP7, JKKP9, JKKP10. JKKP8 adalah pendaftaran bagi keseluruhan data dari tahun kalendar 1 Januari
hingga 31 Disember dan rekod-rekod ini perlu disimpan oleh semua majikan
selama lima tahun dalam premis masing-masing. Pendaftaran tersebut perlu diserahkan
kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 31 Januari tahun yang
berikut.
< Atas
CHRA
Penilaian
bahaya dan risiko bahan kimia
Pengenalan:
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994- Penggunaan dan Piawai pendedahan Bahan Kimia yang bahaya kepada
kesihatan pekerja-Peraturan 2000(USECHH 2000) menyatakan bahawa penilaian
tentang risiko kesihatan berpunca daripada penggunaan bahan kimia
berbahaya di tempat kerja adalah diwajibkan dan majikan tidak dibenarkan
menggunakan sebarang bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan pekerja
kecuali dengan cara penilaian semua bahan kimia yang telah digunakan
dalam tempat kerja telah diuji dengan mengenalpasti,memeriksa dan
mengawal kewujudan sebarang
risiko kesihatan.
< Atas
Peralatan Perlindungan Individu
Pengenalan:
Peralatan Perlindungan Individu ditaksir sebagai semua peralatan yang
perlu dipakai atau diguna semasa bekerja untuk melindungi pekerja
daripada mengalami satu atau lebih risiko terhadap keselamatan dan
kesihatannya. Majikan mesti mempunyai serba-sedikit pengetahuan
asas tentang peruntukan dan kegunaan peralatan perlindungan
individu.Peralatan Perlindungan Individu mesti dinilai dengan baik
sebelum diguna untuk menentukan kesesuaian peralatan tersebut,
memastikan peralatan itu disenggara dan disimpan dengan cara yang
betul,memastikannya mempunyai arahan-arahan yang betul dan panduan
penggunaan peralatan itu dengan cara yang selamat dan akhirnya
memastikan pekerja anda mengguna dengan cara yang betul seperti yang
dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta
514).
< Atas
Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan
Pengenalan:
Cara
pembentukan ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
adalah jika syarikat mempunyai seratus orang pekerja atau kurang
daripada seratus orang pekerja, maka wakil yang diperlukan daripada
pekerja dan pihak pengurusan masing-masing tidak boleh kurang daripada dua orang dan
jika syarikat tersebut mempunyai lebih daripada seratus pekerja maka
wakil daripada pekerja dan pihak pengurusan masing-masing tidak boleh
kurang daripada empat orang. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 Peraturan 1996 telah mewajibkan semua organisasi yang memenuhi
kriteria di atas perlu memiliki Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.
< Atas
Senarai Vendor
Pengenalan:
Proses pencarian bagi pelbagai pembekal, perunding,pengapit dan perkhidmatan
lain mengambil masa dan kos yang
banyak. Tetapi,melalui senarai vendor ini, oraganisasi dapat memilih perkhidmatan yang diperlukan
dan perkara
yang ingin dilayari oleh mereka. Perkhidmatan ini menjimatkan kos,
memendekkan masa untuk mendapatkan maklumat dan semua prosedur ini boleh
dilakukan pada hanya satu sumber.
< Atas |