English | Bahasa Malaysia | Mandarin 
 
 
 
LAMAN UTAMA MENGENAI KAMI        SISTEM
PERKHIDMATAN RAKAN KONGSI HUBUNGI KAMI PROGRAM LATIHAN PETA LAMAN
 
 Sistem Pengurusan Keselamatan
 Sistem Pengurusan Kesihatan
 Sistem Pengurusan Persekitaran
 Sistem Pengurusan Dokumen
 Sistem Pengurusan Latihan
 Sistem Pengurusan Undang-undang
 Tender Dalam Talian

CADANGAN:
  • Sila hidupkan Cookies anda.
  • Sila gunakan resolusi 1024 bersama dengan 768 piksel bagi kejelasan paparan yang lebih baik.
     
    SISTEM PENGURUSAN LATIHAN
     LOG MASUK AHLI

    Memberikan pemantauan prestasi dan latihan kepada pekerja-pekerja dalam bidang seperti keselamatan, kesihatan persekitaran, perlesenan, pensijilan dan akhirnya mengekalkan tahap kemahiran mereka kerana pekerja merupakan faktor utama kejayaan organisasi.  Bacaan Lanjut >>

    Kebaikan:
    • Mengesan tahap kemahiran pekerja dan langkah untuk mengekalkan prestasi kecekapan kerja terhadap pekerja.
    • Keperluan latihan, perlesenan, pensijilan dan kelayakan yang piawai terdapat di dalam latihan dalam talian atau latihan dalam tapak.
    • Kemaskini undang-undang yang terbaru akan diberi kepada pekerja dari semasa ke semasa untuk memastikan pekerja-pekerja mendapat maklumat latihan yang telah dikemaskini.
    • Boleh memantau dan mengesan rekod latihan lama pekerja, bahagian atau kumpulan kerja.
    • Terdapat penyenggaraan rekod latihan dan latihan lain yang relevan seperti kursus induksi, 5's, kesedaran dan sebagainya.
    • Terdapat juga Identifikasi Keperluan Latihan, Analisis Keperluan, Pengawasan Perubatan.

    Sistem ini memberikan pemantauan prestasi kerja dan latihan kepada pekerja dari segi keselamatan, kesihatan, persekitaran serta kaedah-kaedah untuk memajukan kemahiran mereka. Perkara sedemikian dilakukan kerana pekerja merupakan faktor utama bagi sebuah organisasi mencapai kejayaannya.Sistem Pengurusan Latihan SHE-Monitoring membekalkan maklumat yang bermanfaat, pengukuran untuk menguji tahap kemahiran pekerja dan juga penyenggaraan rekod. Maklumat yang diberi termasuk isu-isu seperti maklumat pekerjaan yang Piawai, keperluan latihan yang Piawai, dan lain-lain. Sistem ini juga membolehkan penggunanya mengesan butiran pekerja, bahagian atau kerja kumpulan tertentu. Sistem tersebut akan menjimatkan masa anda kerana kebolehannya yang dapat mengesankan jenis latihan yang diperlukan oleh pekerja dan menyusun jadual latihan dengan teratur. Selain itu, sistem ini juga membantu dalam pengesanan perbelanjaan misalnya kursus yang berkaitan dengan kos tertentu dan tempoh masa bagi pekerja, jabatan atau bahagian tertentu dan seterusnya mendorong kecekapan organisasi terhadap Pensijilan ISO 14001, OSHAS 18001 dan MS1722. SHE Monitoring juga membantu organisasi dalam penyenggaraan rekod latihan dan lain-lain latihan yang berhubungan dengan induksi, kesedaran dan sebagainya. Malahan, sistem ini juga memberikan pematuhan undang-undang terbaru yang dikemaskini dari semasa ke semasa supaya pekerja menerima maklumat latihan yang terkini dan tertepat.

    Laman Utama    Mengenai kami     Sistem     Perkhidmatan     Rakan Kongsi     Hubungi Kami     Program Latihan     Peta Laman     Soalan Lazim (FAQ)
    Hak cipta © 2006 -  2010 SHEmonitoring. Semua Hak Terpelihara.