English | Bahasa Malaysia | Mandarin 
 
 
 
LAMAN UTAMA MENGENAI KAMI        SISTEM
PERKHIDMATAN RAKAN KONGSI HUBUNGI KAMI PROGRAM LATIHAN PETA LAMAN
 
 Sistem Pengurusan Keselamatan
 Sistem Pengurusan Kesihatan
 Sistem Pengurusan Persekitaran
 Sistem Pengurusan Dokumen
 Sistem Pengurusan Latihan
 Sistem Pengurusan Undang-undang
 Tender Dalam Talian

CADANGAN:
  •  
  • Sila hidupkan Cookies anda.
  •  
  • Sila gunakan resolusi 1024 bersama dengan 768 piksel bagi kejelasan paparan yang lebih baik.
     
    SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN
     LOG MASUK AHLI

    Dicipta untuk membekalkan langkah-langkah dalam menguruskan prestasi persekitaran dan membantu organisasi mencapai kemajuan proses pengurusan alam sekitar.   Bacaan lanjut >>

    Kebaikan:
    • Mengekalkan pematuhan terhadap perundangan dengan melaksanakan ISO 14001.
    • Menunjukkan sisa-sisa terjadual, maklumat inventori,kemudahan rawatan sisa-sisa.
    • Penapisan automobil.
    • Mengesan penghantaran Sisa-sisa Terjadual dan menunjukkan lokasinya.
    • Memusatkan kos rawatan,maklumat dan aktiviti pengurusan rawatan.
    • Terdapat rekod effluen perindustrian.
    • Pengaturan Pengawasan Udara.
    • Membekalkan senarai kontraktor berlesen dalam talian untuk mengelakkan kontraktor haram.
    • Memberikan kemaskini terbaru bagi peraturan dan peruntukan undang-undang.
    • Penawaran terbaik untuk menjual atau membeli Sisa-sisa dalam lelongan sisa-sisa terjadual.
    • Peringatan terhadap tarikh akhir lesen.

    Sistem ini adalah khas dicipta untuk memberikan langkah-langkah yang sesuai dalam pengurusan prestasi persekitaran dan membantu organisasi memperkemaskan serta bergerak ke arah kemajuan proses pengurusan persekitaran. Sistem Pengurusan Persekitaran akan sentiasa membantu anda agar prosedur organisasi anda mematuhi peraturan ISO 140001. Sistem ini juga akan membantu organisasi anda mengenal pasti sisa-sisa terjadual, menyenggara maklumat inventori dan kemudahan rawatan sisa-sisa. Ia agak membantu dalam pengurusan sisa-sisa terjadual. Selain daripada itu,sistem ini juga membekalkan satu set pangkalan data Sisa-sisa Terjadual, notifikasi sisa-sisa, maklumat inventori, nota-nota pengiriman dan maklumat peraturan. Sistem ini bukan sahaja dapat menyenggarakan senarai kenderaan berlesen, senarai kontraktor yang menguruskan sisa-sisa dan senarai kemudahan rawatan sisa malah juga membantu menyenggarakan penyimpanan rekod bagi penghasilan sisa-sisa dan pembuangan sisa-sisa. Sistem tersebut memusatkan semua kos seperti kos rawatan, maklumat pengurusan rawatan dan aktiviti-aktiviti yang lain. Ia juga membekalkan rekod-rekod Effluen Perindustrian yang merupakan satu keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ( Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian)Peraturan 1979. Sistem ini juga membekalkan perkhidmatan pengurusan bagi Pengawasan Udara yang diwajibkan bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Udara Bersih)Peraturan 1978. Sistem ini membantu menyenggarakan senarai kontraktor berlesen, perunding berlesen dan makmal dalam talian yang diiktiraf mengikut syarat undang-undang untuk mengelakkan operasi haram berlaku. Ia juga akan memperingatkan anda tentang tarikh tamat lesen mesin, lesen peralatan dan sebagainya. Anda akan diberi maklumat yang terkini dalam peraturan dan peruntukan undang-undang dari semasa ke semasa.

    Laman Utama    Mengenai kami     Sistem     Perkhidmatan     Rakan Kongsi     Hubungi Kami     Program Latihan     Peta Laman     Soalan Lazim (FAQ)
    Hak cipta © 2006 -  2010 SHEmonitoring. Semua Hak Terpelihara.